Rantau Selamat (drama)

Rantau Selamat merupakan sebuah siri televisyen yang bersiaran di Malaysia pada tahun 1972. Cerita ini menampilkan pelbagai barisan pelakon seperti P. Ramlee, Noor Sabariah, Hussein Abu Hassan, Mahmud June dan ramai lagi. Dalam cerita ini, P. Ramlee telah sekali lagi bekerjasama dengan Zainuddin Nordin sebagai pengarah dan penerbit. Sebelum ini, P. Ramlee telah berlakon dalam drama televisyen arahannya iaitu Intan.[1]Cerita ini telah dirancang untuk dibuat secara bersiri yang mengandungi 13 episod berdasarkan karya Abdullah Hussain yang juga menjadi penulis untuk lakon layar. Tanpa sebab yang kukuh, hanya tujuh episod yang berjaya diselesaikan penggambarannya. Cerita ini sempat ditayangkan dalam televisyen untuk tiga episod antara tujuh episod secara keseluruhannya. Manakala empat lagi episod tidak dapat diketahui mengapa ia tidak ditayangkan. Episod pertama mengandungi dua bahagian yang bertajuk Perantau Pulang manakala episod ketiga pula bertajuk Padi Menguning Lagi. Ketika berlakon di dalam cerita ini, P. Ramlee sedang bekerjasama dengan A. R. Tompel dalam menjayakan filem Laxmana Do Re Mi dan terpaksa berlakon secara bergilir-gilir dalam dua cerita yang berlainan.[1]

Rantau Selamat (drama)

Penggubah P. Ramlee
Bahasa Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Pengarah Zainuddin Nordin
Lagu pembukaan "Rantau Selamat"
Penerbit Zainuddin Nordin
Penggubah lagu tema P. Ramlee
Julung kali ditayangkan di Malaysia
Siaran asal 1972
Pencipta Abdullah Hussain
Sinematografi Joseph Lau
Bilangan episod 7
Penyunting S. Maniam
Dibintangi oleh
  • P. Ramlee
  • Noor Sabariah
  • Hussein Abu Hassan
  • Mahmud June
  • Basri Dawan
  • Sujiah Salleh
  • Tamam Idris
  • A. K. Jailani
  • R. Suriani
  • Maznah Ali
  • Idris Hashim
  • Goh Swee Leong
  • Hashim Hamzah
  • Norsati
  • Azharuddin Darjat
  • Bakhtiar Effendi
  • Er Choon Seng
  • Mohd. Noor Azam
  • Michael Leong
Genre Drama
Ditulis oleh Abdullah Hussain